Hidup Aku + Garmin-Asus A10 + Wildfire + Galaxy 5

Gambar kotak X10 dan Galaxy 5 aku

Ketika aku menulis entri ni, aku berada dalam bas pada pukul 5.20 petang. Perjalanan aku adalah daripada Kajang ke UTM Skudai. Memang sangat bosan berada di dalam bas selama beberapa jam. Selalunya perjalanan dari Kajang ke UTM ni dalam empat hingga lima jam je. Tapi hari ini mungkin perjalanan tidak dapat menepati masa tersebut. Maklum sajalah dengan kesibukan hari Raya Cina yang baru berlangsung beberapa hari dan hari ini semua orang bersesak-sesak di lebuh raya. Nak buat macam mana kan, Melayu raya, Cina dan India pun cuti jugak. Cina raya, Melayu dan India pun dapat cuti, jadi sama-samalah mengalami kesesakan lalu-lintas bersama-sama. Ini adalah salah satu cabang dalam 1Malaysia mungkin.

Teringat lagi kesedihan aku dengan kecurian Xperia X10 aku yang dibeli pada 29/1/2011 dan dicuri pada 2/2/2011. Mungkin ini ada hikmahnya yang aku sendiri tidak dapat fikirkan, tapi Insyaallah kalau kita percaya pada ketentuannya, Dia akan beri yang lebih bagus kepada kita. Mahu tak mahu terpaksalah aku menerima dengan seadanya kehilangan tersebut. Mungkin selepas ini aku akan lebih berxhati-hati dalam menjaga barang-barang aku yang berharga. Sebelum ini, apabila bersesak-sesak seperti yang aku ceritakan dalam entri pasal kecurian telefon bimbit aku, aku selalu menjaga dompet sebab dompet selalu aku selitkan pada poket belakang. Jadi apabila bersesak begitu, aku tak tahu pula poket hadapan pun boleh menjadi mangsa manusia yang patut di potong tangannya itu jikalau mengikut hukum Islam. Tapi tak mengapalah, aku dah cuba menerima sedaya upaya yang aku sedekahkan RM 1200 kepada seseorang.

Untuk tidak menangisi kehilangan tersebut, aku pun telah mencari telefon baru semalam di tempat yang sama iaitu Plaza Lowyat. Aku sampai situ dalam pukul lima petang dan aku dapati memang kedai kebanyakannya masih tutup disebabkan masih ramai yang masih belum pulang daripada bercuti. Disebabkan obses aku pada Android, aku tetap akan mencari telefon bimbit yang menggunakan Android OS. Mulanya aku melihat pada Garmin-Asus A10. Setelah mencuba dan melihat pada user interface yang dipaparkan, aku rasa Garmin-Asus ini tidak langsung sesuai dengan harganya. Dengan hanya kelajuan pemprosesan sebanyak 600MHz, tidak dapat menjamin kelajuan gadget tersebut. Tambahan pula dengan skrinnya yang kurang sensitif pada sentuhan membuatkan aku membatalkan niat untuk membeli gadget tersebut. Aku tengok dari segi launcher pun dah tak menarik phone ni. Mungkin kepada sesiapa yang beli A10 ni kena la modified GUI phone ni dengan hard customization.

Selepas membatalkan niat untuk mendapatkan A10, aku beralih pula kepada Wildfire ataupun disebut sebagai Apiliar. Kebanyakan daripada penjual menyarankan aku supaya membatalkan niat membeli Apiliar ni disebabkan processornya juga masih tidak berkuasa. Penjual juga mengatakan bahawa telefon HTC ni tak berapa bagus, tapi bagi aku bukan aku nak review daripada penjual, tapi daripada pengguna. Setelah memikirkan seberapa ketika, aku menolak untuk mendapatkan Apiliar ni.

Setelah semua phone yang menggunakan robot hijau ni aku tengok mahal-mahal belaka, aku pun dapat satu jenis phone yang aku rasa bagus untuk orang yang dicuri telefon yang baru dibeli macam aku. Samsung Galaxy 5. Ya, Galaxy 5 ya, bukan Galaxy S. Galaxy 5 ni aku beli dengan harga 600, ditambah dengan SD kad sebanyak 4GB dan screen protector menjadikan jumlahnya semua adalah RM 695 untuk original set. SD card tu jugak adalah lifetime warranty ( aku pun tak tau lifetime warranty tu cena). Lepas ni kena ikat perut la lepas duit PTPTipu dah banyak habis.

Setelah semalaman aku menggunakan Galaxy 5 ni, aku dapati kelajuannya lebih tinggi daripada Xperia X10 walaupun X10 diclock sebanyak 1GHz dan Galaxy 5 ni hanya sebanyak 600MHz. Selain daripada tu, salah satu perkara yang aku tak berapa nak suka dalam Galaxy 5 ni adalah tidada GPU yang digunakan untuk grafik. Fungsi lain semua sebijik macam Xperia X10. Disebabkan ketiadaan GPU, permainan Burung Yang Pemarah menjadi sedikit lagging. Namun begitu, aku masih tetap dapat main sempurna. Selain itu, jangan berharap la kalau sesiapa yang menggunakan Galaxy 5 ni nak main permainan HD. Memang tak lepas ye, cakap siap-siap untuk sesiapa yang yang tak tahu fungsi GPU tu.

Semalaman je aku dah buat Galaxy 5 tu jadi macam X10 aku daripada segi user interface. Kalau tengok, memang sebijik dengan X10 aku. Lagipun, aku siap dah root semua menggunakan software yang ada. Nasib baik la tak payah nak root dengan flashing. Masa pun dah 5.50, aku rasa cukuplah setakat ini sebelum bateri laptop(Aina Aleesya) aku ni habis. Lagipun bateri Aina ni dah tak tahan sangat dah. Mungkin kena beli bateri baru untuk dia. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum……

*P/s – Try tanya penjual kat Lowyat apa tu Jailbreak. Mesti diorang akan bercakap dengan lantang. Tanya pulak apa tu root untuk Android, doirang akan tengok kita dengan muka yang pelik….. Tak percaya? Cuba lah sendiri……

If you like this article, please leave a comment or subscribe this page using RSS feed!!

About The Author

Penulis merupakan seorang mahasiswa daripada Universiti Teknologi Malaysia. Masih menuntut sebagai pelajar Computer Network and Security. Blog fikri.my merupakan blog utama penulis dimana merupakan blog rasmi bagi penulis. Semua yang ditulis di dalam blog ini adalah garapan sendiri daripada penulis, kecuali dinyatakan. Tindakan mengambil sebarang artikel di dalam blog ini untuk diletakkan pada blog lain tanpa permintaan adalah haram kecuali diletakkan backlink.

29 Comments

  1. Azam says: - reply

    wah bro..hati hati kali ini… huhuh…galaxy 5 pun ok jugak…

  2. bro nanti buat review galaxy 5 eh..aku macam nak angkut..tapi still pikir2 lagi ni…
    New blog entry from fendidahada is Ada apa dengan Paperbag Photography

  3. harga lebih kurang nokia x5 yang aku postpone tu dulu
    review weh, kalau terbaik ankat tu gak la..hehe
    duit dah kering gak ni.adeh
    New blog entry from syahrilhafiz is Alhamdulilah!

  4. syahmishaarani says: - reply

    Aku hari itu nak install Android Market pergi Plaza Lowyat, ada satu kedai SonyEricsson dia tolong installkan Android Market. Dia pergi tukar ROM kot. Taktau la camner. Buat la review Samsung Galaxy 5 itu nanti =)
    New blog entry from syahmishaarani is Sehari di Pasar Payang

  5. Jaws says: - reply

    giler kentang..
    baru pakai beberapa hari X10 dah hilang..
    kalau aku, nangis tak henti..
    haha..
    Galaxy 5 aku tak pernah try dalam dia..
    tp bentuk luaran kurang mendapat hati…
    tp hang memng hebat leh wat jadi cam X10 plak galaxy 5 tu..

    • memang nangis pun… tapi dalam hati la.. kena gak kontrol macho… haha.. memang buat macam x10, tapi x10 yang aku dah modified la… bukan x10 pure.. so far, ok je g5.. terbaik..

  6. nasih says: - reply

    RM695 utk original set memang berbaloi. aku pernah jugak terfikir nak angkat Galaxy 5. tapi takde orang buat review pasal phone tu so tak boleh nak nilai sangat berbaloi ke tak.. last2 cancel terus niat nak beli..
    New blog entry from nasih is Internet Blockage di UTP

  7. megat says: - reply

    galaxy 5 antara smatphone android paling murah ke? dalam hati ni janji dapat pakai android, bajet pun ciput.

    lepas ni boleh lah dapatkan reveiew pasal galaxy 5 kat sini. tak sabar pula nak tengok review performance dia.
    New blog entry from megat is Bisikan hati- bisikan syaitan atau yakin

  8. siTokei says: - reply

    wah hpon baru hihihhii..tu la kdg2 kita dh hati2 tapi dah dasar pencuru kan…
    New blog entry from siTokei is gambar-gambar krisis di Mesir

  9. Juan says: - reply

    kesian kat ko sbb xperia x10 hilang, xpa janji phone baru pon android gak, hehe

  10. siTokei says: - reply

    bro murah sungguh galaxy 5
    New blog entry from siTokei is gambar-gambar krisis di Mesir

  11. aku baru nak berjinak2 dengan android ni. Ingat nak try jugak. Nak beli HTC HD2. Beli yang secondhand je la dlu. nak jimat. :)

  12. Camie Shid says: - reply

    Galaxy 5 ok ker?…. Bateri tahan tak?…. Sy pkai galaxy s tp dia nyer bateri menyakitkn ati…… x sampai suku hari dh nk kna charge balik…. xpadan ngan harga yg blh mngalahkn iphone……

    • ok je.. Root tak? Pakai cyanogenmod? miui? darky? kalau pakai memang battery ok.. Kalau root pun dah ok, kemudian instlll battery calibration. Galaxy 5 aku guna android 2.1 dan battery tahan 2 hari. Lepas update ke 2.2 tahan sehari je. Lepas guna rom daripada Motafoca(galaxy 5 punya android developer), ditambah dengan battery calibration, tahan 4 hari…

  13. Camie Shid says: - reply

    x faham la apa tu root….. cyanogenmod….miui..darky…. caner nk install battery calibration?… motafoca pun x tahu apa….. hadoiii…. buta IT btul la….. blh tlg step by step caner nak wat semua tu tak?…. thnx for d respond.

    • sory lambat reply.. kalau kita x root, kita hanya gunakan phone sebagai user biasa.. Bila root, kita boleh gunakan phone sebagai administrator.. cyanogen, miui, darky tu semua custom rom..