wedding 450x461 - Mudahkan Urusan Perkahwinan Anda Dengan MyKahwin.my
Blog

Mudahkan Urusan Perkahwinan Anda Dengan MyKahwin.my

MyKahwin.my merupakan salah satu laman yang meletakkan direktori laman-laman yang mempunyai kaitan dengan perkahwinan. Sebagaimana namanya, MyKahwin mengarkibkan pelbagai jenis perniagaan yang menjurus kepada perkahwinan untuk memudahkan pasangan yang ingin diijabkabulkan mencari apa yang dikendaki.

Contoh yang dapat dilihat di sini jika anda merupakan salah seorang yang ingin melangsungkan perkahwinan. Pelbagai perkara telah disiapkan seperti mencari katering, gubahan bunga dan sebagainya. Namun begitu, anda masih belum mempunyai jurufoto atau juruvideo untuk merakamkan saat manis raja sehari anda. Di MyKahwin.my, terdapat ramai client mereka yang menawarkan khidmat fotografi dan video daripada pelbagai negeri di Malaysia. Jadi anda tidak perlu susah-susah lagi mencari jurufoto atau juruvideo dengan melihat iklan di surat khabar ataupun mencari dari kedai ke kedai. Semua ini boleh dilakukan dengan hanya melayari laman MyKahwin.my.

Terdapat pelbagai jenis direktori yang ditawarkan oleh mereka, jadi bagi mereka yang masih runsing memikirkan kekurangan sebelum melangsungkan perkahwinan, semak sahaja di MyKahwin. Direktori MyKahwin dibahagikan kepada pelbagai jenis kategori. Jadi anda tidak perlu lagi risau akan kekurangan yang ada. Jika ada pun, mungkin dari kekurangan anda sendiri.

Antara direktori yang disediakan oleh MyKahwin.my adalah:

  • Andaman Dan Solekan
  • Butik Pengantin
  • Cenderahati Dan Aksesori
  • Dewan, Ballroom, Hotel
  • Gubahan Hantaran Dan Bunga
  • Hiburan, Deejay Dan Karaoke
  • Jabatan Agama Islam
  • Jurufoto Dan Juruvideo
  • Kad Kahwin
  • Kanopi Dan Khemah
  • Katering
  • Kek Dan Coklat
  • Kompang Dan Seni Silat
  • Lain lain Kategori
  • Pakej Bulan Madu
  • Pengacara Majlis
  • Pusat Kursus Kahwin
  • Spa, Sauna Dan Kosmetik

Jika dilihat daripada list di atas, anda tidak perlu risau lagi dengan perkahwinan. Apa yang anda perlu risaukan adalah wang ringgit yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan.

MyKahwin.my bukan sahaja dikhususkan untuk mereka yang ingin berkahwin, malah bagi mereka yang mempunyai perniagaan yang melibatkan perkahwinan, anda boleh meletakkan alamat perniagaan anda ataupun bagi mereka yang berniaga menggunakan blog, anda juga boleh meletakkan blog anda di sini untuk dimasukkan ke dalam direktori.

Review ini adalah contest tetapi saya berusaha mereview dengan sebaik mungkin. Contest ini juga memerlukan saya tag lima orang rakan blogger. Oleh itu saya ingin tag:

Starscreamaisyah
Fendidahada
Syahrilhafiz
Jai
AdaAkuKesah

Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 ini telah ditaja oleh MyKahwin.my dengan kerjasama blog 2DayBlogger.Com.Jom kita ke 2dayblogger.com untuk belajar dan berkongsi ilmu Blogging dan Isu Semasabersama Faisal Abdullah.