blog 600x461 - Blog Ini Mesra Android
Blog

Blog Ini Mesra Android

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog fikri.my. Tengok tajuk pun dah tahu mesti entri kali ini hendak bercerita tentang blog dan android. Tadi aku pusing-pusing dekat blog mrmaza lepas entri dia yang menarik masuk dalam feed aku dimana menggunakan blog sebagai aplikasi android. Cepat je aku baca dan aku terus buat untuk blog ni. Tapi lepas aku buat tu, aku still tak puas hati sebab ada sesuatu yang kurang menarik. Biasalah tu pengguna Android, tak puas hati mesti edit sendiri punya. Kalau dah malas sangat, cari alternatif lain. Banyak perkara yang menarik boleh dibuat dengan Android ini sebenarnya.

Macam artikel semalam, penggunaan iPhone terbatas tetapi tidak pada Android. Oleh itu Android boleh dikatakan sistem operasi untuk telefon yang paling dinamik sekali berbanding lain-lain sistem. Maka dengan itu terciptalah gabungan WordPress dan Android. Menarik bukan? Setelah aku install plugin yang di ceritakan oleh mrmaza, aku dah berpuas hati. Tapi ada di sudut hati ini masih belum puas kerana hanya blog yang kita install sahaja yang boleh generate aplikasi tersebut. Aku pun nak buat untuk blog lain jugak. Maka dengan itu, aku ambil blog amanz sebagai experimentasi aku untuk edit aplikasi ini. Ya, memang boleh pun. Jadi aku release dua .apk file untuk hari ini iaitu untuk blog aku dan juga blog amanz. Untuk blog amanz, memang full read sebab beliau tak filter RSS feed length. Untuk blog aku, sikit je boleh baca, tetapi boleh teruskan membaca kisah selanjutnya di phone web browser.

Mengapa aku katakan blog ini mesra Android? Sebenarnya sejak semalam aku telah install plugin untuk detect browser apa yang kita guna. Jika plugin itu detect kita browse menggunakan phone, maka sangat minimal lah rupa bentuk blog ini. Walaupun dah lama plugin ni, tapi aku baru nak install sebab dulu ada orang pernah tanya aku pasal plugin ni. Dia masuk blog aku guna handheld, jadi perlu lah minimal, kalau tidak memang besar la file untuk didownload oleh web browser.

Untuk mereka yang ingin mendownload, sila dapatkan dengan menekan link di bawah.apk Fikri.my (70).apk amanz.my (55)

Untuk screen shot, korang boleh tengok dekat bawah ni. Aku sediakan screenshot untuk amanz dan blog aku.