Buat mereka yang selalu melawat di antara satu blog ke blog yang lain, mesti pernah terjumpa blog ini kan, jebatmalaya.com. Namun begitu, aku telah mengambil satu inisiatif untuk menukarkan nama jebatmalaya.com kepada nama yang lebih pendek. Cuba korang tengok URL blog ini sekarang bernama apa? Ya, fikri.my. Walaupun namanya macam faggot sedikit, tapi aku teringin nak URL yang pendek dan mungkin menggunakan nama aku sendiri. Jadi, mulai sekarang, jika korang nak masuk jebatmalaya.com mulai hari ini, ingatlah nama jebatmalaya.com sudah bertukar menjadi fikri.my. Jebatmalaya.com aku hanya jadikan sebagai parked domain je untuk masuk ke fikri.my.
Kenapa aku memilih domain .my? Seperti yang diceritakan oleh blog PengendaliBlog, domain .my tidak langsung mempunyai privacy protection. Ini bermakna korang boleh tengok domain itu didaftarkan di mana dan menggunakan nama siapa. Memang korang tidak boleh lari kalau menggunakan domain .my. Tetapi bagi mereka yang inginkan kelainan pada blog sendiri selain merasa bangga berada di negara tercinta ini, boleh lah mencuba domain .my ini. Mungkin korang akan rasa sedikit mahal berbanding domain yang biasa. Satu domain .my boleh dapat 3 domain .com, .net dan .org tetapi domain ini akan memberikan satu kepuasan kepada mereka yang menggunakannya.
Selain itu, penggunaan domain .my juga akan lebih memendekkan URL blog korang. Jadi nama pendek akan senang diingat dan senang disebut dari mulut ke mulut. Tetapi kalau trafik korang dah banyak sangat, memang susah nak tukar nama domain sebab ranking korang akan jatuh secara mendadak. Berfikirlah terlebih dahulu jika korang ingin menukar nama domain kepada nama yang lain.
Selain itu, aku pernah cerita dahulu bahawa aku ada menggunakan domain geekmalaya.net dan androidmalaya.org, tetapi dah tidak ada kan? Ok, mungkin domain name tu aku akan reservekan dan akan gunakan bila ada masa. Buat masa ini, biarlah aku stick dengan fikri.my je dan blog segala benda yang aku nak dengan menggunakan identiti ni.
Jika korang rasa korang nak tukar domain name ataupun baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ni, ada tips untuk korang lihat baca sendiri bagaimana untuk memilih nama blog korang.