Page Palsu Facebook buat Contest Viral

Pengenalan

Ketika artikel ini ditulis (tarikh boleh tengok post date), terlampau banyak Page Palsu Facebook yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Kesemua pages ini menggunakan taktik dengan menamakan page mereka sebagai syarikat yang sah di Malaysia seperti Perodua, Yamaha dan lain-lain. Tujuan page ini dibuat? Semestinya untuk dijual. Dengan 10,000 page likers, satu Facebook page boleh dijual dengan harga ribuan ringgit.

Taktik Viral

Taktik viral di Malaysia cukup mudah. Dengan berbekalkan satu post contest yang menarik perhatian rakyat Malaysia, page ini boleh mendapat 50,000 likes dalam masa satu hari tanpa mengeluarkan sedikit pun kos marketing. Itu dah bagus sebenarnya sebab tak perlu keluarkan kos. Cuma yang salahnya, contest tu merapu sangat-sangat. Dan of course la rakyat Malaysia yang kurang celik ni akan terpedaya dengan taktik ni. Ye la, siapa je yang tak suka dapat kereta free? Motosikal free? Pathetic.

For those yang cakap, “The hell, i’m not losing anything brah! Just like and share the page. Only took me about one minute or so. Hell, not even 10 seconds”, aku nak cakap sila meninggal. Look at how pathetic you are to fall into those traps. Ye la, memang kau tak hilang apa-apa, tapi kau tolong buat free marketing untuk page tu. And kalau page tu page betul, tak kisah. Ini page baru create semalam, harini buat contest nak bagi 15 bijik kereta Myvi yang mana pemenangnya akan diumumkan pada 1 April 2017. I’t is April fool day dudes! Wake up! I’t is 2017 dan kau masih tunggu bulan jatuh ke riba? That is why la banyak Melayu kena kencing dan kau salahkan Cina? What a trash.

Contoh Post

Okay, page first yang aku jumpa dah kena unpublish oleh Facebook setelah mendapat 50,000++ like. Maybe disebabkan ada orang report lah kot kena unpublish dengan Facebook. Page tu menggunakan nama Perodua.

Ini page kedua yang aku jumpa, guna nama Yamaha pulak.

Ini page ketiga, BMW.

Look at those likes and share! Holy cow!. Betul ke page ni page tipu. Tak nampak macam tipu pun kalau numbers macam tu. Kau ni mesti dengki kat pencapaian orang kan? Sorry dude, kalau itu benda betul, aku tak ada nak buat posting macam ni. The problem is, ramai Malaysian tak educated bab internet ni. Langsung tak dapat nak bezakan antara yang betul ataupun scam.

Denial from Authentic Page

Ini adalah gambar dari fake page Perodua yang buat contest tu.

Dan ini adalah kenalan Facebook aku yang cerdik. Terus tanya Perodua, betul ke contest tu. And guess what? Read it yourself.

Kau masih nak cakap aku dengki ke? Noobs…

Mari mengenal Facebook Page

Aku kalau menulis, bukan nak cakap benda kosong. Aku akan kasi bukti sekali dengan ilmu. Okay, sekarang mari kita belajar mengenal Facebook Genuine Page. Pertama sekali untuk kenal page tipu atau page betul adalah dengan mencari lambang Verified Page macam kat gambar bawah ni

Nampak kan lambang tick biru bawah profile picture tu. Itu maksudnya page tu memang Facebook dah inspect betul-betul dan memang legitimate page. Macam mana Facebook verify? Pertama sekali untuk dapat tick biru tu kena hantar dokumen pengesahan dari SSM untuk business page. Kalau individu, kena hantar gambar kad pengenalan. Verified Page ni ada dua jenis. Satu tick biru (macam gambar atas) dan satu lagi tick warna kelabu.

Tick Biru

Tick biru adalah untuk jenama (brand) ataupun International Company macam Microsoft.

Tick Kelabu

Tick kelabu pulak adalah untuk Company Page, contohnya Page Cool Code.

Macam mana kalau page tu tak ada verified page punya tick?

Okay, kalau yang macam ni susah sikit. Tapi pandai-pandai la guna Pakcik Google. Free je pun. Search nama company tu, bukak laman web dia. 80% chances dia akan letak link Facebook Page dia kat website dia.

Kalau tak jumpa jugak dalam website, macam mana pulak?

Yang ni susah sikit, kena guna otak. Tapi tuhan dah bagi otak tu, guna je la. Pun tak kena bayar jugak. Check balik posting dari page tu, bila dibuat dan sebagainya. Mostly dia tak akan cakap benda merapu. Dan yang penting, diorang tak akan buat contest bagi kereta, condo, motosikal, boat atau helikopter untuk naikkan like page.

As a netizen, macam mana nak elak dari kena tipu?

Okay, pertama sekali adalah jangan bermimpi nak dapat kereta ataupun motosikal free. Kau bukan tengok drama! Tak ada cara kau nak dapat benda free macam tu je, kecuali tiba-tiba kau terpilih jadi artis. Peribahasa Melayu ada cakap, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Maksudnya, usaha la sendiri untuk dapat semua benda tu, tak kan nak tunggu bulan jatuh ke riba pulak?

Kedua, pergi report page tipu tu dekat page yang betul. Kalau admin page betul tu buat kerja dia dengan betul, dia akan report ke Facebook. Bila page yang ada blue tick ni buat report, kira macam high priority report la untuk Facebook. Lagi cepat Facebook akan bertindak.

Ketiga, report page tu ramai-ramai. Tapi cara ni lambat sikit sebab Facebook nak kena kumpul data dulu baru dia bertindak.

Penutup

Akhir kata, jadilah orang Malaysia yang bijak dan jangan hanya tengok contest semua nak join. Pastikan dulu page yang buat contest tu adalah page yang betul. Masalah dengan Malaysian adalah kita suka benda free, kalau boleh, tolong buang sikap tu supaya tidak mudah ditipu. Terima kasih.

  • memang ada banyak.. fikir logik dah tahu chances nak menang memang tipis… sebab tuh buat tak tahu jer bila ada page buat contest macam tuh, plus tengok sponsored post.. pergi kental betul yang buat promotion tuh..