cloudflare review 600x401 - Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti Blog
Blogging

Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti Blog

Bagi mereka yang mempunyai domain dan hosting sendiri, sudah pasti perkara utama yang akan difikirkan adalah berkaitan dengan sekuriti blog. Kebanyakan pengguna gagal untuk menjaga hosting sendiri walaupun untuk mengelakkannya dari hacking tool yang mudah. Oleh itu, tercipta lah  satu servis yang mana kita kenali dengan nama Cloudflare yang dikhaskan untuk menampal kelemahan sekuriti hosting dan script. Banyak pengguna paid hosting sendiri tidak tahu cara yang basic untuk mengelakkan dari godaman. Oleh itu, dengan adanya Cloudflare, ianya akan mengurangkan kelemahan pada hosting. Tak kisah lah sama ada kita menggunakan hosting untuk tujuan apa sekalipun, sama ada statik html site, WordPress, Joomla ataupun forum, Cloudflare ini tetap boleh diguna.

Selection 007 - Review Cloudflare: Satu Alternatif Sekuriti Blog

Idea utama Cloudflare adalah dengan mengubah Domain Name System hosting kita. Contohnya sekarang blog aku menggunakan ns1.datakl.com dan ns2.datakl.com sebagai DNS aku. Apabila aku tukarkan kepada Cloudflare, DNS ini yang perlu diubah. Mungkin ada yang akan bertanya, “macam mana pulak domain boleh point ke hosting kalau ubah dns?”. Ini aku tak dapat nak jawab, tetapi Cloudflare akan analisa domain name kita dan masukkan dalam database mereka, sebelum kita menggunakan DNS mereka. Memang agak complicated kalau nak faham, tetapi setiap kali kita update AName dengan Cname, Cloudflare akan automatik update DNS rekod. Jangan terkejut bila baca part ni, teruskan pembacaan.

Tahap Keselamatan

Dalam Cloudflare, terdapat 4 jenis basic security level iaitu High, Medium, Low ataupun off terus security level. Jadi, kalau IP address pengunjung kita tu ada problem, contohnya kena detect itu adalah IP address spammer, memang kena dengan challenge page. Challenge page ni untuk pastikan kita masukkan Captcha sebelum dapat tengok blog. IP address aku pernah kena sekali. Masa tu baru lepas kacau-kacau orang sikit. Tengok-tengok dah kena. Jadi kalau dah guna servis Cloudflare ni tak risau sangat la pasal ancaman sekuriti (walaupun masih kena risau sebenarnya.. T_T ).

Melajukan Page Load

Tahukah korang bahawa dengan menggunakan khidmat Cloudflare, boleh menjadikan sesebuah hosting itu lebih laju? Tapi kena la setting sikit dalam setting page Cloudflare. Tekan on je pun. Ya, Cloudflare dapat menjadikan blog lebih laju dengan fungsi caching file gambar, css, dan javascript. Ini memang sesuatu yang sangat bagus, terutamanya bagi mereka yang mementingkan kelajuan blog. Selain itu, Cloudflare juga menyediakan fungsi untuk minify file CSS, Javascript dan HTML. Jadi kalau korang check balik source untuk Javascript, CSS dan HTML blog, komen akan hilang, space yang tak berguna pun akan hilang. Memang sesuatu yang diidamkan oleh para blogger apabila terdapat servis yang boleh meringankan blog secara percuma.

Lain-Lain Fungsi

Kalau korang guna Cloudflare ni, korang boleh tengok analytic macam korang tengok kat Google Analytic tu. Tapi analytic ni tak berapa betul sangat sebab perkiraan yang digunakan tak sama macam dengan Javascript tracker. So, for what this analytic? Alalytic ni hanya data mentah (raw data) macam korang tengok dalam awstats. Segala macam benda analytic ni akan track, asalkan ada perubahan.

Cloudflare juga menyediakan applikasi yang korang boleh gunakan untuk hosting korang. Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Kalau aku cerita pun korang tak akan dapat merasa, kecualilah korang cuba sendiri. So far, Cloudflare ni memang sesuai dengan aku. Kalau korang rasa Cloudflare ni memang bagus untuk blog korang, korang boleh la beli dengan harga 20USD/bulan. Bagi aku, free pun dah rasa cukup bagus dah walaupun ada yang cakap Cloudflare free version ni hampeh.

Benda ni korang korang boleh setting sendiri je. Yang paling best, korang boleh integrate dengan W3 Total Cache. Boleh jadikan blog lebih laju dengan kedua-dua benda ni. Kalau nak lagi laju, korang guna la  CDN sekali. WordPress + W3 Total Cache + Cloudflare + CDN = Awesome Site. So far memang blog aku boleh la dikatakan laju. Tapi teringin jugak nak cuba CDN tu. Kalau ada crowded visitor boleh la guna. Kalau setakat sehari pun tak sampai 100 unique visitor, 10 tahun lagi la boleh buat review CDN.