Review Jeruk Madu Pak Ali

Ringkasan

Jeruk Madu Pak Ali telah ditubuhkan sejak tahun 1985 yang mana diasaskan oleh Allahyarham Haji Ali bin Omar di Pulau Pinang. Perusahaan in pada mulanya disaskan secara kecil-kecilan, tetapi telah mula dikomersialkan pada tahun 2007 dan kini telah diusahakan atas nama Pak Ali Food Industries Sdn Bhd. Perusahaan ini kemudiannya diteruskan oleh waris beliau iaitu Alias bin Haji Ali.

Jeruk Madu Pak Ali sememangnya terkenal dikalangan orang-orang di Pulau Pinang dan tidak sah bagi pelancong yang melawat Pulau Pinang jika tidak singgah di kedai Jeruk Pak Ali. Boleh dikatakan Jeruk Madu Pak Ali adalah salah satu kemegahan rakyat Pulau Pinang.

Review

Saya adalah salah seorang peminat jeruk. Jangan ingat tak ada lelaki yang minat jeruk, ramai okay! By minat I mean salah satu favourite food, asal nampak terus beli sebab merecik-recik air liur keluar (ni cerita betul) dan ini baru kali pertama mencuba Jeruk Madu Pak Ali. Perlu saya ingatkan di sini, ini adalah review dari saya yang mana merupakan salah seorang peminat jeruk. Setiap orang akan bagi review berbeza mengikut lidah mereka.

Rasa

Okay, rasa dia suck! Period! Jeruk Pak Ali ni tak rasa macam jeruk-jeruk lain sebab rasanya manis (sebab ada madu). Saya order dua bungkus jeruk pauh/mempelam muda (favourite) dari kawan dan rasa menyesal. Why you let me down Jeruk Pak Ali?? Mungkin salah saya jugak, dia dah tulis situ Jeruk Madu.

First time saya rasa jeruk manis dan rasanya sangat-sangat tak masuk. Saya dengar dari orang lain dan juga bacaan dari internet, diorang makan sampai tak henti-henti. Ini adalah salah satu jeruk yang saya stop makan lepas beberapa hiris buah pelam. My God, I don’t know how to feel about this.

Selalu kalau makan jeruk buah pauh/pelam ni, konfem sampai tak boleh bernafas, kena pakai inhaler (saya ada asthma) untuk bagi pernafasan lancar balik. Tapi Jeruk Madu Pak Ali ni, confirm yang makan tak kan batuk dan tak kan ada masalah pernafasan. Mungkin cara penyediaan dia berbeza dari jeruk-jeruk jalanan. Ini adalah salah satu point untuk makan jeruk madu ni bagi yang tak minat jeruk buah-buahan.

Bau

Jeruk-jeruk biasa kadang-kadang bau dia kurang menyenangkan bagi kebanyakan orang, tetapi Jeruk Madu Pak Ali ni bau dia wangi sangat. Lepas makan, confirm lekat bau kat jari. Ini wangi yang betul-betul wangi. Bau madu kot, saya pun tak pasti.

Harga

Harga jeruk ni sangat-sangat affordable. Sebungkus RM6.90 untuk 500gram jeruk buah pauh. Sama macam harga jeruk-jeruk jalanan, jadi tak ada sebab untuk tak mencuba bagi yang tak minat jeruk.

Penutup

Untuk Jeruk Madu Pak Ali ni, saya boleh bagi 4/10 bintang sebab saya tak minat rasa dia. Bagi yang belum mencuba, jangan just baca review terus tak nak, cuba dulu baru tahu. Macam saya cakap kat atas tadi, lidah setiap orang berbeza. Saya tak nak letak tanggapan jeruk ni tak sedap sebab ini mengikut lidah saya yang mana merupakan peminat jeruk, mungkin yang tak pernah minat jeruk akan minat makan jeruk Pak Ali ni.

Reference

Kisah Empayar Jeruk Madu Pak Ali
Jangan Makan Jeruk Pak Ali Selagi Korang Tak..
Website Jeruk Madu Pak Ali

  • kamarool karim

    seronok mendengar kisah jeruk