bye 843x461 - Selamat Tinggal Fikri.my
Blog Tutorial

Selamat Tinggal Fikri.my

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam aku ada mencuba benda terbaru dalam dalam fikri.my, jadi macam-macam perkara yang terjadi di blog ni. Walaupun blog aku ni dah sembilan bulan, tapi masih sikit orang melawat, sebab aku dah tukar domain name dari jebatmalaya.com kepada fikri.my. Kalau dulu banyak la jugak orang yang melawat, tapi sekarang dah jadi sikit. Jadi ini adalah gambar daripada apa yang aku lakukan semalam.

Nampak tak pageview untuk semalam? Banyak bukan kalau nak dibandingkan dengan hari ini. Jangan tengok visitor, aku tahu sikit. Tapi itu je yang mampu aku lakukan. Kepada yang tertanya-tanya apa yang aku lakukan semalam sehingga pageview naik sebegitu banyak adalah dengan menggunakan software. Hari ini aku dah tak gunakan sebab semalam memang aku sekadar ingin mencuba sahaja. Sebenarnya banyak software yang boleh digunakan untuk meningkatkan pageview, tetapi aku sekadar mencuba satu sahaja. Adakah cara ini yang digunakan oleh blogger otai? Mungkin mereka juga pernah gunakan, tetapi sebenarnya pageview mereka yang banyak datang daripada follower mereka tersendiri.

Cukup setakat itu, aku cakap pasal blog yang kurang ini. Sebenarnya aku akan menghadapi peperiksaan final untuk semester ini. Bermula esok dengan subjek TITAS. Walaupun soalan objektif, tetapi aku tak boleh pandang rendah dengan soalan yang akan dikeluarkan. Pada hari kedua, mungkin agak mencabar sedikit dengan perogramming C++. Woot, susah bai pointer, constructor, destructor, class dan macam-macam lagi. Doakan aku lah ye.

Untuk mengahadapi peperiksaan ini, aku tak boleh bagi komitmen untuk blog ini sepenuhnya, mungkin hanya dengan membalas komen daripada pembaca sudah mencukupi. Oleh itu, tiada info terbaru dalam masa dua minggu bermula daripada esok. Insyaallah, lepas dua minggu peperiksaan ini, aku akan sediakan informasi yang menarik untuk para pembaca di samping aku mungkin akan buat sedikit tutorial. Dan aku akan keluarkan widget OMG Ubuntu yang terbaru yang mana semua dilakukan secara GUI tanpa perlu mengedit source code seperti aku lakukan dahulu.

Disamping itu, jangan lupa untuk follow aku di twitter di @ahmadfikrizaman dan juga Facebook Fikri[dot]my untuk mendapatkan informasi terbaru. Boleh jugak subscribe RSS blog ini bagi mereka yang ingin. Tak tahu apa itu RSS dan cara untuk menggunakannya? Tunggu update aku yang seterusnya selepas ini. Terima kasih dan jangan lupa doakan aku semoga berjaya jawab exam dengan cemerlang.