Cartoon character and red question mark vector 500x461 - Tutorial Register Domain dan Hosting Sendiri
Blog

Tutorial Register Domain dan Hosting Sendiri

Semakin hari kita boleh lihat ramai blogger yang bertukar daripada menggunakan enjin Blogspot kepada enjin WordPress yang di hostkan sendiri. Namun begitu, masih ramai yang masih ragu-ragu ataupun mungkin juga tidak mengetahui cara untuk mendapatkannya. Di samping itu, ada juga yang memberi alasan mahal dan sebagainya.

Tahukah anda, berblogging itu lebih puas jika kita menggunakan duit sendiri dan domain sendiri. Ada juga yang masih keliru antara domain dan hosting. Di sini boleh diceritakan bahawa domain name itu adalah seperti alamat rumah. Manakala hosting pula adalah rumah dimana kita menyimpan barang kita dan kita tinggal di situ. Masih belum dapat apa yang aku ceritakan? Sebagai contoh, korang ingin pergi ke rumah kawan korang yang korang tahu ada di taman sebelah contohnya. Korang tahu rumah itu terletak di No 13, Lorong 1/3, Taman Ria. Begitu juga dengan domain name, aku dengan senang-senang boleh cakap, datang la ke rumah aku di fikri.my. fikri.my tu adalah sebagai alamat rumah aku. Jadi korang pun boleh cakap rumah dia dekat fikri.my. Bagi info yang lebih panjang tentang domain, korang juga boleh merujuk kepada blog nasihsaifullah yang menceritakan bagaimana dia “membuang” domain blogspot.com dan hanya meninggalkan .com sahaja.

Hosting pula merujuk kepada rumah korang. Tadi alamat, ini rumah pulak. Korang boleh tengok sendiri rumah korang besar atau kecil. Kalau besar rumah korang, maka banyak benda boleh letak dalam rumah betul? Jika rumah kita kecil je, barang pun sikit je yang kita boleh letak dalam rumah. Maksud barang dari segi domain dan hosting ini adalah file-file korang macam gambar untuk blog, video dan sebagainya yang korang ingin simpan. Kalau korang tak faham jugak apa yang aku bebelkan ni, boleh rujuk kepada blog izawanyusof yang juga menceritakan tentang domain dan hosting.

Bagaimana pula dengan bandwidth? Bandwidth di sini merujuk kepada quota untuk access blog korang. Setiap orang yang masuk ke dalam blog korang memerlukan mereka untuk melihat blog korang. Apabila mereka melihat blog korang, banyak file akan di didownload untuk mempamerkan kepada mereka bagaimana rupa blog korang. Katakan korang ada meletakkan gambar yang bersaiz 100kb dalam blog korang dan apabila orang pertama yang masuk blog korang, dia dah menggunakan 100kb daripada blog korang. Orang yang kedua pulak tengok gambar tu akan menjadikan bandwidth yang telah diguna adalah 200kb. Katakan laman utama fikri.my adalah sebesar 600kb, bila orang ke sepuluh masuk, telah menjadikan quota blog korang yang telah diguna adalah 6Mb pada bulan itu. *Ini adalah berdasarkan orang yang pertama kali bukak laman ini.

Bagi yang teringin untuk mempunyai blog pada domain dan hosting sendiri, boleh lah melihat tips daripada pengendaliblog yang menceritakan kriteria untuk memilih hosting mana yang boleh korang cuba.

Bagi mereka yang sudah membuak-buak untuk mendapatkan domain dan hosting sendiri, korang boleh juga cuba di Hostmalaya. Di sini aku ingin tunjukkan cara-cara untuk korang beli domain dan hosting dari Hostmalaya.

Pertama sekali untuk mereka yang pertama kali membeli hosting, korang memerlukan domain sekali. Korang boleh tekan pada menu DOMAIN di laman Hostmalaya. Apabila page baru telah muncul, korang boleh pilih nama domain yang korang inginkan. Sebagai contoh dalam gambar di bawah, aku akan membeli domain iniblogsaya.com. Korang boleh masukkan iniblogsaya dan tick pada mana-mana TLD yang korang inginkan. Jika available macam gambar dibawah, maka bolehlah korang membeli domain tersebut. Jika unavailable, terpaksalah korang cari domain name lain untuk blog korang. Selepas korang dah berpuas hati dengan nama yang korang inginkan, tekan sahaja Order Now.

Selepas itu, korang tekan [No Hosting! Click to Add] seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah ini.

Kemudian akan keluar page seperti di bawah. Korang boleh pilih sendiri pakej mana yang anda inginkan dan tekan Order Now untuk pakej yang anda inginkan itu. Aku memilih untuk menggunakan pakej Geek, lalu aku pun tekan pada order now.

Kemudian akan keluar pula page seperti di bawah. Korang tak perlu usik apa-apa dan korang hanya perlu tekan Click to Continue sahaja.

Apabila sampai pada page di bawah, korang hanya perlu tekan Checkout untuk mendaftar dengan hostmalaya

Isikan butiran korang seperti gambar di bawah. Pastikan email korang adalah email yang boleh digunakan dan bukan email palsu. Ini kerana setiap urusan memerlukan butiran email yang benar.

Selepas korang dah isikan segala maklumat korang seperti gambar di atas, korang hanya perlu klik Complete Order sahaja. Selepas itu akan keluar receipt seperti di bawah.

Selepas korang dah bayar kepada mana-mana nombor bank di atas, http://iniblogsaya.com sudah boleh korang guna. Dan korang boleh la mula install WordPress untuk kegunaan korang. Korang bloeh baca dekat syahrilhafiz apakah kelebihan korang menggunakan WordPress pada hosting sendiri. Kemudian jangan lupa plugin asas yang selalunya mesti ada untuk pengguna WordPress self-hosted ini.

Selamat mencuba dengan domain dan hosting baru korang.